iman haji shawal
sebuah blog tentang perkara yang pelbagai. Berkongsi bersama hal-hal agama, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya di sini.
Thursday, March 28, 2013
lama tak taip ....
cerita kahwin tak habis lagi. Ingtakan boleh kawen dalam masa terdekat, tapi ,masih belum boleh lagi. Dua faktor utama jadi punca semuanya kena difikir 2 kali.
Saturday, July 28, 2012
Tuesday, July 24, 2012
slip gaji
salam ramadan
baru jap tadi aku tengok slip gaji bulan ni.. rasa cam byk je potong bulan ni...mana ngn kwsp, insuran, koperasi... tapi baki dari potongan tu pun lebat lagi...cuma aku kena pastikan belanja dengan berhemah dan hati-hati.... no gajet2 yang karut marut lagi pasni...huhu..
Malam ni aku rasa aku belajar sesuatu yang cukup berguna dalam hidup. Satu rumusan yang cukup biasa tapi sebenarnya bermakna dan penuh berguna bagi orang macam aku yang selalu rasa selesa dengan apa yang ada... Jangan buang masa. Itulah kesimpulannya...haaaa..buang masa apa? buang masa pada orang-orang yang tak nak bagi masa pada kita...camna tuh? ala, senang cita bertepuk sebelah kaki takkan berbunyik lah..paham kan? dah orang tak nak tu, blah lah.... hahahahahaa..... tumpuan kepada asal semula....kepada 2K yang dulu..Keluarga, Kerjaya itu lebih penting....apadahal hal hal remeh temeh...dua minggu ni aku cuba buat ujian pola perhubungan..markah yang dia dapat tak lebih 34.4 % je beb....hahahaha..maksudnya hubungan yang sangat tak boleh blah lah tuuuuu....memang dgn hint2 yang pelbagai, tambah plak ngn hubungan sosial yang nampak cam lebih dari sepatutnya...Sooo meman
g patut lah aku angkat kaki....mak aku lebih penting, masjid pun penting, team futsal aku pun penting, 3 line aku pun penting....huhu...jangan pening untuk benda Yang tak Penting....
Friday, July 20, 2012
jawapan kepada soalan - Shirley Yong
Ramai orang tanya pada aku..apa hubungan aku dengan budak dalam gambau ni? ada hubungan rasmikah? atau hubungan istimewakah? soalan-soalan ni datang bila orang-orang semua melihat yang amoi dalam gambau ni dapat layanan istimewa..hahahaha.....layanan istimewa camna? rasa2nya korang semua pun tahu kan..... Tapi apa yang aku boleh bagitahu, amoi dalam gambar ni (Shirley) adalah hanya anak murid sahaja..tidak lebih dan tidak kurang .....dia ni banyak bantu aku dalam kerja kerja perkeranian aku, kerja sekolah, taip menaip, termasuk kerja masjid aku.....kerja fotografi pun dia banyak membantu n paling tak boleh lupa, majunya kelab fotografi aku adalah antaranya kerana dia yang banyak membantu....jadi memang layak lah kot dia terima sedikit keistimewaan dari aku....tapi tetap sebagai anak murid...jelaskan?
perasaan bercampur baur
Salam Ramadhan
Saja nak share tentang perasaan malam ni. Orang kata seorang yang garang tak mungkin ada persaan belas kasihan. Hari ni aku bingkas nak nafikan hujah tu. Aku rasakan yang orang garang ke orang lembut ke, Tuhan dah kurniakan perasaan belas dan kasihan kepada setiap manusia. Yang membezakannya hanyalah cara bagaimana kita tunjuk perasaan tu...
Ermmm...cakap pasal perasaan jugak, aku ni hari-hari ditanya tentang kahwin. Bila nak kahwin? Jawapannya yang biasa aku bagi mudah je, saya muda lagi...saya budak lagi....huhu..Hakikat sebenarnya ialah aku belum ada gf...camna nak kawin kalau takde gf? takkan nak main serkap jarag atau tangkap muat je kan? Ya, memang aku memilih n cerewet..Tak salahkan memilih?
Baru hari ni aku dapat buat satu kesimpulan yang agak biasa...Fizikal tetap akan jadi faktor utama dalam memilih pasangan hidup.... Secanggih mana pun kerja kita, sepandai mana pun kita bercakap..tapi kalau fizikal kita out, ( bahasa kampung aku Hauussss ), maka jangan haraplah nak dapat gf yang cun melecun macam mercun....huhu
Sooo, apalagi yang boleh dibuat? hanya jadi diri sendiri, dan terus menunggu sambil mensibukkan diri dengan kerja....
Tuesday, July 17, 2012
merotan bukan suka-suka
haaaaa.....menulis kembali. Hari ni mungkin sama macam hari-hari biasa tapi rasanya lebih sikit lainnya sebab hari ni byk merotan pelajar...macam-macam hal kat sekolah. Mana yang ponteng, yang merayau, yang melawan cikgu...macam macam hal....yang paling penting, pelajar-pelajar yang kena rotan tu kena tahu yang aku rotan bukan suka-suka, tapi atas rasa tanggungjawab....atas rasa sayang dan tak nak mereka ni terus leka dan terbiau...semoga ada perubahan positif lepas ni...Amin.
Sunday, July 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)