AKU SEORANG GURU…
Ciptaan : Iman Haji Shawal
________________________________________________________________
Aku seorang guru,
Aku mengajar tak pernah jemu,
Hadirku disambut.
“ Selamat Pagi Cikgu ”
Walau ku dengar dari dahulu,
Ucapan itu bertalu-talu,
Tapi pasti dan takkan ku ragu,
Mendengarnya aku tak pernah jemu
Aku seorang guru,
Hanya sekadar guru biasa,
Hadirku mendidik anak bangsa,
Supaya mereka tahu membeza,
Yang mana intan yang mana kaca,
Yang mana mulia yang mana hina,
Dapat berbakti kepada dunia.
Aku seorang guru,
Niat hatiku ingin mengarang
Anak didikku menjadi orang,
Walau terkadang langkahku sumbang,
Disalah tafsir sesetengah orang,
Anak muridku bukan seorang,
Namun tabah aku mengulang,
Benda sama tetap ku bilang.
Kalau muridku fahamnya lebih kurang.
Aku seorang guru,
Bersama cikgu lain mengawal disiplin,
Agar perjalanan sekolah menjadi licin,
Buat niat menunjuk jaguh,
Kepada anak muridku yang suka bergaduh
Hanya aku inginkan sungguh
Anak muridku berhati-hati,
Jadi manusia di luar nanti,
Akan dia dapat berbakti,
Walau niatku ada yang tak suka,
Aku tetap mahukan dia,
Anak muridku menjadi manusia
Aku seorang guru,
Mengajar aku setiap waktu
Walau muridku memanjang muka
Bila mereka aku mendenda,
Buat niat ingin menyeksa,
Cuma mahu aku membilang,
Agar salahnya tidak berulang,
Biar namaku diconteng-conteng,
Penuh terisi di tandas dinding,
Aku seorang guru,
Tabah mendaki bukit ini,
Setiap hari setiap pagi,
Kerna aku cukup ketahui,
Perit jerih menabur jasa,
Biar lelah tidak terasa,
Berteman aku setiap hari,
Rakan guru, anak muridku,
Dengan sabar aku menunggu,
Walau terkadang yang kurang ajar,
Tetap ku sambut dengan sabar,
Bertahan aku setiap hari,
Kerna aku merenung kembali,
Kenapa aku berada di sini
Aku seorang guru,
Mengajar setiap hari,
Cuba aku berbuat yang terbaik,
Walau ada yang memandangku sengkek,
Hanya kerana aku guru biasa,
Tiada apa yang istimewa,
Pada lembut pandangan hati,
Agar nanti mereka mengerti,
Aku di sini bermisi bervisi,
Aku seorang guru,
Ku harap sampai akhir hidupku,
Menabur ilmu selalu,
Membentuk muridku agar berguna,
Kerana kalau mereka berjaya,
Aku masih tetap selesa ,
Sebagai seorang guru biasa,
Mengajar aku setiap masa
SELAMAT HARI GURU
No comments:
Post a Comment