sebuah blog tentang perkara yang pelbagai. Berkongsi bersama hal-hal agama, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya di sini.
Saturday, April 17, 2010
guru lelaki ditambah...
Kerajaan akan menyeimbangkan pengambilan guru pada tahun ini pada kadar yang sama iaitu 50 peratus untuk guru lelaki dan perempuan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu diambil ekoran jumlah guru perempuan yang terlalu ramai ketika ini.
"Bagi mengimbangi jumlah guru wanita dan keperluan kepada guru lelaki, kerajaan pada tahun ini akan seimbangkan pengambilan guru mewakili kedua-dua jantina itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan yang kesemuanya bernilai RM940,000 kepada 12 buah sekolah dalam Parlimen Hulu Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Puad berkata, keperluan untuk mempunyai guru lelaki adalah penting di sekolah terutamanya melibatkan aspek disiplin dan pembangunan sukan pelajar.
"Ia juga bagi memudahkan kerajaan untuk menempatkan guru-guru lelaki di kawasan pedalaman. Ini melibatkan soal keselamatan, lebih baik kita letakkan guru lelaki berbanding wanita untuk bekerja di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak," katanya.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan pada tahun ini juga akan menetapkan peratusan penempatan guru iaitu 40 peratus di Semenanjung dan selebihnya di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, langkah itu bagi menyelesaikan masalah yang kerap kali berlaku apabila kerajaan menempatkan guru-guru di kawasan pendalaman.
"Dengan langkah yang diperkenalkan ini, kerajaan akan menempatkan guru-guru dari Sabah dan Sarawak untuk mengajar di sekolah-sekolah kawasan pedalaman di sana. Ia juga bagi mengurangkan permohonan guru-guru untuk membuat pertukaran tempat mengajar.
"Tetapi, ini tidak bermakna, 40 peratus guru di Semenanjung itu tidak akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, kerajaan tetap akan berbuat demikian sekiranya keadaan memerlukan,"
sumber: Utusan Malaysia, 17 April 2010

mengatasi penyakit malu dengan perempuan...
kawan-kawan semua..
minta pandangan bagaimana caranya untuk kurangkan rasa malu dengan perempuan yang kita suka? terima kasih...
minta pandangan bagaimana caranya untuk kurangkan rasa malu dengan perempuan yang kita suka? terima kasih...
sajak Aku Seorang Guru..dedikasi hari guru 2009
AKU SEORANG GURU…
Ciptaan : Iman Haji Shawal
________________________________________________________________
Aku seorang guru,
Aku mengajar tak pernah jemu,
Hadirku disambut.
“ Selamat Pagi Cikgu ”
Walau ku dengar dari dahulu,
Ucapan itu bertalu-talu,
Tapi pasti dan takkan ku ragu,
Mendengarnya aku tak pernah jemu
Aku seorang guru,
Hanya sekadar guru biasa,
Hadirku mendidik anak bangsa,
Supaya mereka tahu membeza,
Yang mana intan yang mana kaca,
Yang mana mulia yang mana hina,
Dapat berbakti kepada dunia.
Aku seorang guru,
Niat hatiku ingin mengarang
Anak didikku menjadi orang,
Walau terkadang langkahku sumbang,
Disalah tafsir sesetengah orang,
Anak muridku bukan seorang,
Namun tabah aku mengulang,
Benda sama tetap ku bilang.
Kalau muridku fahamnya lebih kurang.
Aku seorang guru,
Bersama cikgu lain mengawal disiplin,
Agar perjalanan sekolah menjadi licin,
Buat niat menunjuk jaguh,
Kepada anak muridku yang suka bergaduh
Hanya aku inginkan sungguh
Anak muridku berhati-hati,
Jadi manusia di luar nanti,
Akan dia dapat berbakti,
Walau niatku ada yang tak suka,
Aku tetap mahukan dia,
Anak muridku menjadi manusia
Aku seorang guru,
Mengajar aku setiap waktu
Walau muridku memanjang muka
Bila mereka aku mendenda,
Buat niat ingin menyeksa,
Cuma mahu aku membilang,
Agar salahnya tidak berulang,
Biar namaku diconteng-conteng,
Penuh terisi di tandas dinding,
Aku seorang guru,
Tabah mendaki bukit ini,
Setiap hari setiap pagi,
Kerna aku cukup ketahui,
Perit jerih menabur jasa,
Biar lelah tidak terasa,
Berteman aku setiap hari,
Rakan guru, anak muridku,
Dengan sabar aku menunggu,
Walau terkadang yang kurang ajar,
Tetap ku sambut dengan sabar,
Bertahan aku setiap hari,
Kerna aku merenung kembali,
Kenapa aku berada di sini
Aku seorang guru,
Mengajar setiap hari,
Cuba aku berbuat yang terbaik,
Walau ada yang memandangku sengkek,
Hanya kerana aku guru biasa,
Tiada apa yang istimewa,
Pada lembut pandangan hati,
Agar nanti mereka mengerti,
Aku di sini bermisi bervisi,
Aku seorang guru,
Ku harap sampai akhir hidupku,
Menabur ilmu selalu,
Membentuk muridku agar berguna,
Kerana kalau mereka berjaya,
Aku masih tetap selesa ,
Sebagai seorang guru biasa,
Mengajar aku setiap masa
SELAMAT HARI GURU

pencalonan Parlimen Hulu Selangor
Selesai sudah penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam. Empat calon sah bertanding kini cuma persoalannya, calon manakah yang akan jadi pilihan hati para pemilih?
salam pengenalan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke blog dari mata Cikgu Iman ini. Semoga dapat kita kongsikan pelbagai perkara menerusi blog ini...
Wassalam.
Selamat datang ke blog dari mata Cikgu Iman ini. Semoga dapat kita kongsikan pelbagai perkara menerusi blog ini...
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)